logo

Pakej Tajaan

Pakej Tajaan

Maklumat pakej tajaan adalah seperti di bawah:

Sumbangan Anda Amat Bermakna

Kejayaan penganjuran Sukan Gemaputera 2018 di Perlis akan menjadi penanda aras dan kebanggaan kita semua. Justeru, sumbangan dan tajaan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan amat dialu-alukan.

Berikut adalah maklumat berhubung pakej tajaan yang boleh Tan Sri / Dato' / Tuan / Puan salurkan:

Bil Pakej Nilai Penerangan
A PLATINUM RM100,000 · 1 Meja (10 orang) untuk menghadiri Majlis Penutup Sukan GEMAPUTERA yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis.
· Jemputan untuk menghadiri sidang akhbar bersama media.
· Iklan syarikat penaja / penyumbang akan dimasukkan ke dalam Buku Cenderamata (1 muka surat penuh berwarna) dan logo syarikat akan dipaparkan pada kain rentang /banting /poster pada setiap venue acara sukan dan pada Majlis Penutup Sukan GEMAPUTERA.
· Penaja akan dihadiahkan ‘plaque’ penghargaan, surat/sijil penghargaan.
B EMAS RM50,000 · 1 Meja (10 orang) untuk menghadiri Majlis Penutup Sukan GEMAPUTERA yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis.
· Iklan syarikat penaja/penyumbang akan dimasukkan ke dalam buku cenderamata (1 muka surat penuh berwarna).
· Penaja akan dihadiahkan ‘plaque’ penghargaan, surat/sijil penghargaan.
C PERAK RM30,000 · 1 Meja (10 orang) untuk menghadiri Majlis Penutup Sukan GEMAPUTERA yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis.
· Iklan syarikat penaja/penyumbang akan dimasukkan ke dalam buku cenderamata (separuh muka surat berwarna).
· Penaja akan dihadiahkan ‘plaque’ penghargaan, surat/sijil penghargaan.
D GANGSA RM15,000 · Seorang wakil akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penutup Sukan GEMAPUTERA yang akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis.
· Iklan syarikat penaja/penyumbang akan dimasukkan ke dalam buku cenderamata (separuh muka surat berwarna).
· Penaja akan dihadiahkan ‘plaque’ penghargaan, surat/sijil penghargaan.
E TAJAAN BUKU CENDERAMATA / IKLAN - i. Satu muka surat penuh berwarna RM 10,000.00.
ii. Setengah muka surat penuh berwarna RM 5,000.00.
iii. Suku muka surat berwarna RM2,500.00.

# Segala tajaan / sumbangan hendaklah disalurkan kepada PKENPs termasuk tunai atas nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis di Akaun Bank Islam bernombor 09010010075094.

Maklumat lanjut sila hubungi :

En. Mohd Nazar Ismail (PKENPs) di talian 019-5755 099 / 04-9761088