logo

Pesona Perlis

Pesona Perlis

Identiti Negeri Kebanggaan Rakyat

Negeri Perlis Mempersonakan.

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Perlis pasti dapat merasai kelainan dan keistimewaan negeri ini. Kenali dengan lebih dekat 5 elemen "Pesona" yang menjadikan Perlis terkenal di kalangan para pelancong ini:

1. Pesona Alam Semula Jadi
2. Pesona Budaya
3. Pesona Makanan
4. Pesona Cuaca
5. Pesona Permai Mempersona

Pesona Alam Semula Jadi

Anugerah Alam Indera Kayangan

Geografi Perlis yang dikelilingi oleh bukit bukau berusia jutaan tahun membentuk landskap menarik yang memukau pandangan. Formasi batuan Setul berusia 500 juta tahun memberikan pemandangan seolah-olah berada di Vietnam dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau. Terdapat banyak destinasi semulajadi menarik yang boleh dikunjungi antaranya Gua Wang Burma, Gua Kelam, Puncak Wang Gunung dan lain-lain lagi. Kadar pencemaran dan pembangunan yang masih rendah menjadikan negeri ini nyaman dan menjadikannya istimewa. Pemandangan matahari terbenam di persisir pantai Kuala Perlis juga adalah antara tarikan semulajadi yang tidak patut dilepaskan bagi pencinta alam.

Lihat Pesona

Pesona Budaya

Tradisi Dan Adat Kekal Terpelihara

Budaya Perlis tidak dapat dinafikan sememangnya berbeza dari negeri lain. Ini kerana negeri kecil ini membentuk komuniti sendiri yang terdiri daripada Melayu, Cina, India,Siam dan Sikh. Oleh yang demikian, budaya "hemoi" iaitu kemesraan tidak mengira masa, siapa, tempat dan bangsa telah sebati dengan masyarakat Perlis. Himpunan sejarah, budaya tradisional, warisan turun-temurun yang terdapat di negeri ini masih diamalkan sehingga kini oleh generasi pelapis antaranya Hikayat Awang batil, Tarian Canggung, Alu Bunyi, Ronggeng Siam dan pelbagai lagi. Pesta keramaian yang hanya terdapat di negeri ini merupakan antara tarian istimewa kepada para pengunjung antaranya adalah Pesta Air Tradisional Kuala Perlis dan Pesta Angin Timur yang dimuatkan di dalam kalendar pelancongan tahunan. Negeri Perlis yang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Raja berbanding Sultan dinaungi oleh salasilah keturunan Jamalulllail yang amat dekat di hati rakyat jelata. Rakyat Perlis yang "hemoi" menjadikan pengunjung ke negeri ini tidak dapat melupakan kemesraan yang diberikan kepada mereka1

Lihat Pesona

Pesona Makanan

Selera Tempatan Pemikat Rasa

Negeri Perlis yang terletak berhampiran negara Thailand menjadikan ia sebuah negeri yang kaya dengan makanan tempatan juga beraspirasikan makanan Thailand. Antara makanan Perlis yang popular adalah pulut mempelam, pulut ayam, Laksa Kuala Perlis, mentarang bakar dan banyak lagi. Kunjungan anda ke Perlis amat berbaloi sekiranya ingin menikmati kepelbagaian makanan yang terdapat disini kerana di hampir setiap tempat terdapat kedai-kedai makan.

Lihat Pesona

Pesona Cuaca

Pertembungan Iklim Dua Negara

Cuaca Perlis merupakan yang terunik di Malaysia menghampiri empat musim dimana kedudukan Perlis diatas garisan Khatulistiwa tetapi beriklim tropika menjadikan cuaca panas Perlis mengatasi negeri-negeri lain dan juga membentuk musim Angin Timur yang sejuk.

Lihat Pesona

Pesona Permai Mempersona

Keindahan Yang Menggamit Suasana

Sebut sahaja negeri Perlis pasti ada yang akan terbayangkan pemandangan sawah padi dan cuaca panasnya yang tidak sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia. Negeri ini mempunyai pesonanya sendiri yang unik. Suasana damai di kampung yang jauh dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar memungkinkan pengunjungnya jatuh cinta pada negeri terkecil di Malaysia ini. Berada di negeri ini ketika musim Angin Timur boleh memberi anda suatu perasaan romantik yang menenangkan selain dapat merasai suatu pengalaman baru berada di negeri yang beriklim Khatulistiwa bercampur Tropika. Perkampungan nelayan di Kuala Perlis antara destinasi menarik bagi anda merasai suasana damai selain daripada Wang Kelian, Ladang Chuping dan banyak lagi.

Lihat Pesona

Fakta Menarik

0

Spesis Burung

0

Jumlah Pengunjung

0

Tempat Tumpuan

0

% Kelembapan Cuaca


Mai la Berhemoi Di Perlis